top of page
Search

Wilayah kita, kita jaga, #wilayahkitajaga & #kitajagakita

  • Writer: rizal hassn
    rizal hassn
  • Apr 29, 2021
  • 1 min read

Updated: May 4, 2021

Narasi Tugasan Puluhan Billboard Pusat Pungutan Zakat (PPZ MAIWP) Di Sekitar Masjid Di Kuala Lumpur...

Beberapa tahun lepas, jauh sebelum musim Covid-19 melanda Malaysia dan dunia. Jauh sebelum Filem Animasi Blockbuster Ejen Ali menemui peminat dan pecah panggung, saya mendapat tugasan menghasilkan konten Billboard PPZ MAIWP.


Antara briefs yang diterima ketika itu ialah bagaimana kita boleh menyampaikan mesej agar warga kerja di Wilayah Persekutuan dapat melihat peri pentingnya membayar zakat pendapatan mereka di wilayah tempat mereka mencari sumber rezeki dan bukan kepada negeri-negeri lain contohnya.


Saya merasakan mesej yang perlu diberikan haruslah bersifat menggesa tanpa perlu membuatkan warga Wilayah Persekutuan berasa marah atau terasa hati dan merayu tanpa perlu terlalu preachy sehinggakan membuatkan mesej menjadi bahan pelecehan apatah di zaman medsos dan netizen yang vokal.


Sesebuah kempen tentulah gagal total jika menjadi bahan pelecehan dan liabiliti kepada produk, jenama atau syarikat yang menjalankan kempen pengiklanan tersebut.


Dipendekkan cerita saya memutuskan untuk bermain emosi dengan bersikap jujur dan telus dengan pembayar zakat Wilayah Persekutuan menunjukkan dengan jelas

asnaf-asnaf yang menerima sumbangan zakat mereka dan bagaimana ianya membantu membangunkan kualiti hidup mereka kepada yang lebih baik. Kita memilih tiga tokoh yang dirasakan representatif kepada demografi asnaf di Wilayah Persekutuan.


Alhhamdullilah copy saya "Wilayah Kita. Kita Jaga" mendapat sambutan baik daripada kumpulan pengarah dan pemimpin PPZ. Kempen itu juga dimulakan dengan #wilayahkitajaga.


Walaupun ianya tidak sehebat atau segah kempen filem Agen Ali #kitajagakita yang diambil menjadi slogan rakyat Malaysia melawan Covid-19, saya masih mahu berimpi bahawa slogan itu adalah kesinambungan kepada #wilayahkitajaga yang membalut lebih 40 billboard di masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Alhamdullilah!



 
 
 

Recent Posts

See All
Jiwa Purva Publishing

Sebuah rumah penerbitan yang diasaskan di Cyberjaya, Selangor Malaysia pada Ogos 2021 untuk menerbitkan karya-karya kreatif, budaya,...

 
 
 

Коментарі


© 2021 by rizal+ Proudly created with Wix.com

  • LinkedIn Social Icon
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page