CAPERNAUM #stayathomechallenge
- rizal hassn
- Mar 20, 2020
- 1 min read
Sementara arahan kawalan pergerakkan yang dianjurkan kerajaan sempena wabak COVID-19 moleklah kiranya kita menonton sebuah filem Lubnan yang memenangi anugerah Jury Prize Cannes Film Festival 2019.
Filem ini berlegar sekitar kehidupan seorang kanak-kanak lelaki, Zain yang hidup susah dan terpaksa bekerja seawal usia mudanya kerana keluarga merempat. Setelah lari daripada rumah apabila seorang saudara perempuannya, Sahar yang baru berusia sekitar 11 tahun (watak utama dan semua adik-beradiknya yang ramai tiada pengenalan diri) dikahwinkan dengan seorang pemilik kedai runcit yang juga merupakan pemilik rumah kecil yang mereka diami, dia bertemu dengan seorang pendatang Ethiopia, Tigest yang bekerja secara haram.
Sejak dari itu kehidupan Zain tidak menjadi bertambah baik malah lebih buruk kerana Tigest yang menyuruhnya menjagakan anak kecilnya sementara dia keluar bekerja atau ada urusan tiba-tiba tidak pulang-pulang.
Setelah terlibat dengan satu jenayah berat dan dipenjarakan selama lima tahun, dengan bantuan seorang peguam, Zain mengambil keputusan menyaman kedua ibubapanya kerana gagal memberikannya kanak-kanak sepertinya kualiti hidup yang baik.
Filem ini sangat baik untuk kita semua sama-sama muhasabah diri bagaimanakah layanan kita kepada anak-anak atau kanak-kanak di sekeliling kita. Tidak kira sama ada mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita atau pun tidak.
Baik ataupun buruk kita melayan mereka tentunya baik dan buruk juga nasib kita semua ditangan mereka nanti, usai mereka kelak dewasa.
Comments