top of page
Search

Rawan - Puisi Pilihan EpiSod 1, Pramana Arthi kata, podcast rizal+

  • Writer: rizal hassn
    rizal hassn
  • Feb 5, 2020
  • 1 min read


Rawan

Cinta.Sita.Cita-cita.

aku mahu berjalan di atas awan memijak buih wap yang tersejat dari sejuta laksa manusia keringat.dan air mata juga dari ludah-ludah mungkin juga dari hancing kencing dan hamis darah di bawah berantakkan hari-hari anak-anak manu berperang.seharian dengan senjata.dan adu domba hidup sudah jauh lari daripada manuskrip asal.arahant dharma menuju Tuhan Hyang Maha Esa yang disembah.awatara.dan dewa

Lanka di lapis langit yang terbawah saujana dengan kehijauan sawah jauh dari bandar-bandar mewah aku melihat keseragaman.melihat kesempurnaan.ciptaan kagum melihat kebesaran.maha acuan sambil mulut terkumat-kamit nama-nama Tuhan.memuji.dan memuja melalui tapa dan samadhi segala. aku mahu terus sujud menyembah aku mahu kaku.membatu persis tanggang tersembam ke tanah taubat nasuha aku persembah aku mahu diterima Allah mahu bersuci daripada seribu kebejatan kotoran yang aku sendiri kerjakan aku mahu mandi satu lautan!

Laut Hanuman persis rawana terkena sawan.kawan jadi lawan berperang.berpatah arang di awanan.terkubur di awang-awangan keturunan.varman.maha vamsam.maha charita yang dilupakan.arus gelombang perubahan zaman manusia dalam kerugian.demi masa.kecuali mereka yang mencari-cari akan kebenaran membaca!membaca!membaca dengan nama Tuhan!

Rizal Hassn 2012


 
 
 

Recent Posts

See All
Jiwa Purva Publishing

Sebuah rumah penerbitan yang diasaskan di Cyberjaya, Selangor Malaysia pada Ogos 2021 untuk menerbitkan karya-karya kreatif, budaya,...

 
 
 

Comments


© 2021 by rizal+ Proudly created with Wix.com

  • LinkedIn Social Icon
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page