'Value Creation'- Part 1-Lil Nas X dan Billy Ray Cyrus
- rizal hassn
- Jan 26, 2020
- 1 min read

Foto Kredit: theblast.com
Ini contoh terbaik bagaimana kita boleh CREATE VALUE. Lil Nas X popular dengan lagu Old Town Road sehingga menduduki carta Billboard's Hot R&B/Hip Hop Songs, Hot 100 Singles Chart dan Hot Country Song namun setelah beberapa ketika Billboard menurunkan lagu tersebut daripada carta Hot Country Song kerana dikatakan kurang country.
Perbuatan tersebut dikatakan berlaku kerana rentetan daripada pandangan sesetengah peminat Country yang berpendapat lagu popular tersebut tidak cukup Country.
Walaupun ada yang berpendapat seballiknya termasuk lah legenda Muzik Country sendiri seperti Billy Ray Cyrus, ayah kepada bad girl Hollywood Miley Cyrus.
Dipendekkan cerita Billy Ray Cyrus menghubungi Lil Nas X untuk menyatakan sokongannya dan mengaku betapa beliau meminati lagu tersebut dan ianya cukup Country. Billy Ray Cyrus kemudiaan terlibat dalam remix lagu Old Town Road sehingga membuatkan lagu tersebut cukup popular sehingga memecahkan rekod lagu No. 1 paling lama di carta Single nyanyian artis legendaris seperti Elvis Presley, The Beatles, Michael Jackson dan Madonna.
Walaupun Billboard masih belum menarik balik keputusan mereka setelah remix dengan
Billy Ray Cyrus namun Mediabase melaporkan 33 saluran radio Country memainkan lagu
Old Town Road, cukup untuk menunjukkan bahawa ianya cukup Country!
Apa pendapat anda, cukup Country?
Comments